Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

INTRODUCTION


Taekwondo Definition

    Generally, Taekwondo is exercises in physical delivery form on own urges to go through life
to fulfil personal wants. All mobilization in Taekwondo is produced from human instinct to maintain self with right means.
    Taekwondo training also involves human's physical whole system starting with power generation in every body organ, growth muscles and involving brain stimulation. Additionally, It also can build instinct to act suitable situation-with.

    It can make one energetic and calm in go through daily life. So, Taekwondo was the foundation to turn over a new leaf and health to make one useful, mature in thinking and alive patriotic. It also able build leadership qualities in individual self.

 

Objective

1) Making Taekwondo as a factor for maintaining a healthy body, mind, discipline, confidence and spirit of sportsmanship.

2) As a sports and recreation are quite rugged, and fun to meet the leisure time involved in unhealthy social relationships and symptoms of drug.

3) To create a spirit of cooperation, sportsmanship and good relationships with various levels of gender, race and age.

4) Self-potential talent for taekwondo competitions are brought up to State level, National and International.

5) Responding to challenges under the Ministry of Youth and Sports Club Association Rakan Muda Remaja Wajadiri Kelantan to create a healthy society as well as to develop a high level of discipline within the participants.

 

Training activities

Generally, the club's activities are divided into two classes of training and visit / camp while learning.

1. Stamina and Flexibility Training

    In this class will introduce trainees to the correct ways to increase physical endurance and flexibility to achieve maximum stability. 

2. Basic Class

    This class covers the basic movements of Taekwondo is used in the Basic Movement Patterns (Taegeuk) and attack / root impingement (3 step or 1 step Sparring). 

3. Martial Training (Combat Martial Arts & Self-Defence) 

    This exercise is aimed at equipping the trainees how to deal with external threats than we had expected to face a more challenging life soon. In this exercise, participants will be exposed how to make hitting technique, Locking, Laying Treat, throw and Vital Point touch technique. 

4. Technical Combat Training (Sparring Competition)

    Training will emphasize strategies and techniques used in the battle for the tournament according to the competition rules reconize by The World Taekwondo Federation. 

5. Trip / Camp

    Trip / Camp is intended to foster friendship among all participants regardless of age, ethnicity and race as well as provide opportunities for all participants cooperate with each other and cultivate the nature of helping.

6. The increase in belt tests (Grading)

    This test is conducted every 3 months and the club players who pass the grading will be given a grade certificate / gup or Black Belt certification issued by the Taekwondo Malaysia (WTF) is the main body systems WTF Taekwondo in Malaysia and the Kukkiwon in South Korea for the certificate Black Belt International.

                                                               

 

 Definisi Taekwondo

Secara amnya, Taekwondo WTF adalah penyampaian fizikal atas desakan diri untuk mengharungi hidup bagi memenuhi kehendak diri. Semua pergerakan dalam Taekwondo adalah terhasil daripada naluri manusia untuk mempertahankan diri dengan cara yang betul.

Ia juga adalah sukan yang melibatkan keseluruhan sistem fizikal manusia bermula dengan penjanaan tenaga dalam setiap organ badan, tumbesaran otot-otot dan melibatkan rangsangan otak. Disamping itu, ia juga dapat membina naluri untuk bertindak bersesuaian dengan situasi.

Ia dapat menjadikan seseorang itu bertenaga dan tenang dalam mengharungi hidup seharian. Jadi, Taekwondo adalah asas untuk memperbaiki diri dan kesihatan bagi menjadikan seseorang itu berguna, matang dalam pemikiran dan berjiwa patriotik.

Ia juga mampu membina sifat-sifat kepimpinan dalam diri individu.

 

 Objektif

1)     Menjadikan Taekwondo sebagai satu faktor untuk menjaga kesihatan badan, minda, disiplin, keyakinan diri dan semangat kesukanan. 

2)     Sebagai sukan dan rekreasi yang agak lasak dan menyeronokkan bagi memenuhi masa lapang daripada terlibat dengan pergaulan sosial yang tidak sihat dan gejala dadah.

3)     Mewujudkan semangat kerjasama, kesukanan dan pergaulan yang baik dengan berbagai lapisan jantina, bangsa dan umur.

4)     Mengasah bakat diri yang berpotensi untuk diketengahkan ke pertandingan Taekwondo diperingkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

5)     Menyahut cabaran Kementerian Belia Dan Sukan dibawah Pertubuhan Kelab Remaja Rakan Muda Wajadiri Kelantan bagi melahirkan masyarakat yang sihat disamping dapat membina tahap disiplin yang tinggi dalam diri para peserta.

 

 Aktiviti Latihan

Secara amnya, aktiviti kelab ini dibahagikan kepada 2 iaitu kelas Latihan dan Lawatan/Perkhemahan sambil belajar.

1. Latihan Stamina dan Fleksibiliti

    Dalam kelas ini akan mendedahkan para pelatih cara-cara yang betul untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan fleksibiliti bagi mencapai tahap kestabilan yang maksimum.

2. Kelas Asas

    Kelas ini merangkumi latihan asas pergerakan yang digunakan dalam Taekwondo iaitu Asas, Corak Pergerakan (Taegeuk) dan serangan/tumbukan bertapak (3 step or 1 step Sparring).

3. Latihan Mempertahankan Diri (Combat Martial Arts & Self-Defence)

    Latihan ini pula bertujuan untuk melengkapkan diri para pelatih bagaimana menghadapi ancaman-ancaman luar dari jangkaan kita dalam mengharungi kehidupan seharian yang semakin mencabar dekat ini. Dalam latihan ini, para peserta didedahkan bagaimana membuat buah Pukulan, Kuncian, Layanan, Lontaran dan buah sentuhan (Vital Point).

4. Latihan Teknik Tempur (Competition Sparring)

    Latihan ini menekankan strategi dan teknik yang digunakan dalam pertempuran untuk pertandingan berpandukan peraturan-peraturan pertandingan semasa The World Taekwondo Federation.

5. Lawatan/ Perkhemahan

    Lawatan/Perkhemahan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara semua peserta tanpa mengira umur, bangsa dan keturunan serta memberi peluang kepada semua peserta-peserta bekerjasama antara satu sama lain dan menyemaikan sifat tolong-menolong.

6. Ujian Kenaikan Talipinggang (Grading)

    Ujian ini diadakan setiap 3 bulan sekali dan peserta-peserta kelab ini yang lulus ujian grading akan diberi sijil gred/kup atau sijil Black Belt yang dikeluarkan oleh Taekwondo Malaysia (WTF) iaitu badan induk Taekwondo sistem WTF di Malaysia dan Kukkiwon di Korea Selatan bagi sijil Black Belt antarabangsa.